Aku ingin berkongsi dengan anda para tetamu yang singgah ke lamanku ini rakaman pengalaman-pengalaman ketika menulis novel. Menulis novel kedua ini membawa beberapa pengalaman yang kukira menarik. Menulis novel bukan hanya duduk melangut atau tergolek-golek di sofa lalu idea pun menjelma seperti yang kusangka sebelum ini. Rupa-rupanya perlu juga serba sedikit penyelidikan. Jika ketika menulis Dekat Di Hati, novel pertamaku, banyak lokasi dan idea adalah berdasarkan pengalaman, untuk novel kedua ini aku perlu merayau untuk mendapat inspirasi. Ikutilah:
Mencari Lokasi
Hi semua! Sudah begitu lama saya tidak mengemaskini ruangan ‘The Making of...” Percutian semester administrator saya, ai-Chan membolehkan saya update kolum ini. R&R Hulu Bernam adalah antara R&R Plus yang saya suka kunjungi untuk berhenti rehat. Biasanya saya tiba di kawasan ini di waktu petang. Saya selalunya tak lepas peluang untuk ke belakang bangunan untuk menatap kawasan ladang kelapa sawit yang luas untuk merehatkan mata yang penat kerana memandu. Kerana sukakan kawasan ini, saya memutuskan untuk menyisipnya sebagai latar cerita. Fragmen 16 memaparkan scene di R&R ini. Anda boleh tatap di laman Forum Eymanhykal. Selamat membaca.
R&R Hulu Bernam,Lebuhraya Plus
Kenderaan yang terparkir biasanya memenuhi kawasan letak kereta R&R Hulu Bernam adalah di antara R&R yang paling cantik di sepanjang lebuhraya Utara-Selatan setelah renovasi dan face-lift dilakukan di tempat itu. Selain dari meja-meja makan yang disusun ala-bistro agar kelihatan lebih privacy, ia punyai laman siarkaki yang kecil siap dengan air pancutnya
Air pancut di kawasan siarkaki. Kecil sahaja tetapi menarik Sebahagian dari kawasan parkir di sini berhadapan dengan perbukitan ladang kelapa sawit yang sesaujana mata memandang. Mereka yang tiba di waktu petang di R&R ini tidak akan melepaskan
peluang untuk merehatkan mata melihat panorama kehijauan yang indah ini.
Kawasan lapang digunakan sebagai tempat parkir bila kenderaan memenuhi kawasan parkir yang disediakan.
Ladang kelapa sawit yang saujana mata memandang (maaf, fotografi tak begitu cantik. Datang sendiri dan lihat, ehem!)
“ROSYAM! Cepat! Tolong sama saya!” kata Ah Sang separuh menjerit sebaik sahaja pemuda itu melangkah kembali ke mejanya.
Rosyam bergegas mengekori Ah Sang kerana teruja dengan desakan rakannya itu. Mereka mula berlari-lari anak ke kawasan tempat letak kereta. Ah Sang tidak mengajak Rosyam menuju ke kereta Mercedesnya. Sebaliknya mereka melangkah lebih jauh iaitu di kawasan belakang bangunan lama R&R yang sudah usang. Kedudukannya yang agak jauh dari kawasan gerai-gerai itu kelihatan suram dan kelam kerana ia terasing dari kawasan berlampu.
Tiba-tiba telinga Rosyam menangkap bunyi ‘berdebak-debuk’ diikuti dengan suara-suara mengadoi. Dia mencerunkan pandangannya ke arah bunyi dan suara itu. Dari tempatnya berdiri, dia dapat mengecam pergerakan manusia jauh ke bawah tebing. Dia mula dapat melihat imbasan-imbasan lembaga manusia yang kelihatannya seperti bertempur. Rosyam melihat tiga orang pemuda sedang dibelasah oleh seorang lelaki.
Ketiga-tiga pemuda itu kelihatan terhoyong hayang dibalun oleh seseorang. Setiap serangan dapat dipatahkan dengan mudah. Nampaknya lelaki yang seorang itu bukannya calang-calang orang. Hinggakan ketiga-tiga lelaki itu kini bergelimpangan di rumput.
“Rosyam! Itu tiga orang kawan saya sedang kena pukul,” Ah Sang memberi penerangan sambil berlari menghampiri mereka yang sedang bergasak itu.
“Kenapa dia orang kena belasah?”
“Mereka mahu tarik kereta ini!” Jawab Ah Sang sambil menepuk bonet kereta Hyundai Sonata yang berada berhampiran dengannya.
“Kereta siapa?” “Kereta lelaki itu! Dia tak bayar instalment!”
“Siapa yang tak bayar instalment?"
Tiba-tiba pemuda yang membelasah itu mendaki tebing bila terdengar perbualan Ah Sang dan Rosyam.
“Kaulah yang tak bayar. Bila kami mau ambil itu kereta, kau pukul! Kau tak patut buat macam tu!” tingkah Ah Sang yang ternyata marah.
Sebentar tadi Ah Sang menerima telefon dari pekerja-pekerjanya mengenai sebuah kereta Hyundai Sonata putih yang dicari-cari sedang menuju ke selatan. Mengikut data rekod syarikat, kereta terpakai itu dibeli dari syarikatnya dan mempunyai tunggakan hutang selama lima bulan.
Hyundai Sonata yang terparkir jauh dari kenderaan lain ini menjadi ‘pelakon tambahan’ novel saya! ;)
Bila kereta itu tiba di R&R Hulu Bernam, ketiga-tiga pekerja Ah Sang yang mengekori tiba agak terlewat kerana kesesakan lebuhraya. Mereka bernasib baik kerana dapat menghalang kenderaan yang sedang baru hendak keluar dari tempat parkir yang berada di hadapan bangunan lama R&R. Mereka bertindak merampas kunci kereta namun mereka tersilap perhitungan kerana pemandu kereta itu melawan dan membelasah mereka pula. Ah Sang yang kebetulan berada di tempat yang sama dipanggil untuk menolong.
26.6.05; Ahad
MENCARI LOKASI NOVEL
Pagi ini aku ke stesyen LRT untuk mengenalpasti lokasi tempat untuk novelku yang kedua. Dalam karya yang kutulis pada awal Mac lalu, aku memilih Stesen LRT Sri Rampai sebagai latar tempat setelah melihat sebuah poster kondominium yang dikatakan akan dibina berhampiran dengan stesyen Sri Rampai. Setelah berminggu mengulangbaca, barulah aku nak sahkan lokasi ini. Tapi impianku hampir berkecai!
“Stesyen Sri Rampai,” kataku kepada gadis di kaunter tiket di KLCC.
“Stesyen Sri Rampai tak ada!” jawab gadis itu.
“Nama stesyen tu ada di dalam carta perjalanan LRT, kan?” soalku kehairanan.
“Sri Rampai belum bukak lagi,” jawabnya.
Kecewa sedikit rasa hati ini. Setelah berbulan berkhayal dengan lokasi ini, tiba-tiba gadis di kaunter tiket itu memadamkan mentol idea di atas kepalaku! ‘Kena tulis baliklah babak ini kalau tiada lokasi Sri Rampai mengikut khayalanku.’ Kataku di dalam hati.
Aku mendongak ke arah rajah stesyen yang ada di atas kaunter tiket itu. Terdapat stesyen Damai, Datuk Keramat, Jelatek dan Setiawangsa. Aku akan meninjau ke kawasan-kawasan stesyen ini dan akan memilih kawasan stesyen mana yang sesuai dengan novel kedua aku ni. Stesyen Damai terlalu dekat dengan KL, Datuk Keramat nampaknya terlalu sesak, stesyen Jelatek sibuk dengan kenderaan. Mungkin stesyen Setiawangsa menarik, kot? Namanya pun sedap didengar. Baik aku tinjau ke sana.
Sesampai di situ aku menapak ke tempat perhentian bas, ke kawasan belakang stesyen yang menghadap ke jalanraya… Oh, rupa-rupanya ada kawasan perumahan yang menarik di situ yang dinamakan Kampung Warisan. Eh, ini adalah sebuah kawasan kondominium yang unik di ibukota! Yes! Stesyennya, kawasan perhentian basnya, suasana sekitarnya dan kawasan perumahannya sebijik seperti yang aku bayangkan. Ini dia fragmen yang aku kira real untuk novel keduaku. Dipersilakan menatapnya:
Click Gambar Untuk Paparan Yang Lebih Jelas
Bab 4:
Stesen LRT Setiawangsa, K. Lumpur
TREN terakhir LRT Putra mula membrek bila ia tiba di stesyen Setiawangsa. Bunyi rodanya berkeriut panjang sebelum tren dua gerabak itu berhenti di pletform. Beberapa orang penumpang mula turun dan melangkah pantas menuruni tangga. Oleh kerana hari sudah lewat malam, masing-masing ingin segera pulang ke rumah masing-masing.
DI TEMPAT perhentian bas dan teksi, beberapa buah pengangkutan awam itu sudah berbaris menanti. Kesedaran sivik yang semakin baik di kalangan pengguna pengangkutan awam menjadikan mereka mengikut giliran menaiki teksi. Siapa yang paling hadapan akan dapat menaiki teksi terlebih dahulu diikuti dengan penumpang yang berikutnya. Sebuah bas bertanda bernombor 513A, Stesen Setiawangsa juga sedang menanti penumpang.
Seorang gadis belasan tahun adalah penumpang tren yang terakhir sekali melewati perhentian pengangkutan awam itu. Dia tidak dapat berjalan pantas kerana kepalanya pening. Jika dia melangkah laju, gegaran dari hentakan kakinya bagai menjalar ke kepala lalu mempinarkan pandangannya. Sebab itulah langkahnya diperlahankan.
Lagipun, dia bukannya hendak menaiki kenderaan. Dia hanya perlu menapak pulang. Rumahnya terletak di seberang jalan iaitu di Kampung Warisan, iaitu sebuah kawasan kondominium moden yang berkonsepkan suasana kampung. Ia tak sampai pun 400 meter dari stesen LRT itu.
KEPALANYA terasa berdenyut-denyut. Lantas dia terus duduk di tempat menanti. Sambil memeluk tubuhnya yang mula dingin kerana memakai balus tanpa lengan, gadis itu tersandar di tiang untuk merehatkan kepalanya.
Bila sahaja ada cahaya lampu kenderaan yang menjelma, matanya dipejam kerana cahaya lampu kenderaan-kenderaan itu menyakitkan pandangannya. Van, kereta persendirian, pacuan empat roda kesemuanya ada yang melintasinya. Kesemuanya mula menyakitkan matanya.
Baru sahaja dia memejamkan mata kembali sambil duduk bersilang kaki untuk memanaskan pula pahanya yang telanjang, pandangannya teruju ke arah panahan sepasang lampu kenderaan yang terparkir berhampiran dengan perhentian teksi itu. Oleh kerana suasana agak gelap, dia tidak sedar akan kehadiran kenderaan itu.
Fina menutup sedikit pandangannya dari sinaran lampu kenderaan itu. Kenderaan berwarna biru gelap itu mula bergerak menghampirinya. Sebaik sahaja kenderaan itu berhenti di hadapannya, pintu penumpang di sebelah pemandunya terbuka...

bravenet.com