untitled


SEMBANG-SEMBANG BERSAMA PENULIS MELAYU

AHAD, 21.8.05:

Pada petang tersebut saya menghadiri majlis SESI BERSAMA PENULIS NOVEL MELAYU anjuran MPH Mid Valley Kuala Lumpur. Inilah antara majlis yang giat dianjurkan oleh rangkaian kedai buku Melayu yang terbesar dan tercanggih di Malaysia ini. Majlis dihadiri novelis-novelis ALAF 21 yang antaranya ialah Aida Adriani, Aina Emir, Anis Ayuni, Damya Hanna, Lily Suriani, serta saya sendiri.

Majlis itu turut dihadiri oleh beberapa orang penulis dari syarikat lain termasuk penulis-penulis buku yang antaranya ialah Azizi Ali yang terkenal dengan buku-buku pengurusan kewangannya, Irfan Khairy, penulis buku mengenai jutawan internet.

Sesi ramah mesra di sebuah kawasan kawasan di gedung itu dihadiri oleh kira-kira 50 orang pendengar selain dari mereka yang singgah sekejap-sekejap bila tertarik perhatian ketika mereka berlegar-legar di kawasan itu. Oleh kerana kehadiran penulis yang agak ramai, kami hanya sempat memperkenalkan diri dan berkongsi pengalaman yang sedikit dengan para hadirin.

Bagi saya, majlis itu ringkas tetapi bermakna kerana saya dapat menemui beberapa orang penulis yang saya ingin temui secara ‘live.’ Saya dapat ilmu dengan memerhati mereka. Antaranya ialah Azizi Ali, seorang penulis yang terkenal dengan buku-buku peng- urusan kewangannya. Beliau adalah seorang good listener. Setiap kali penulis lain memperkenalkan diri, beliau akan tekun mendengar dan memerhati tanpa ber- kelip-kelip meskipun beliau adalah seorang insan yang bistari.

Saya juga menemui Irfan Khairy, penulis buku jutawan internet. Irfan adalah seorang jutawan muda yang kaya melalui perniagaan internet. Jutawan ini tak nampak macam jutawan pun. Sekali pandang macam student universiti yang baru balik dari belajar di overseas.
 
Selain itu saya temui tauke syarikat PTS Publications, Puan Ainon Muhamad. Kakak yang sehati sejiwa dengan saya untuk memperjuangkan penggalakan pembacaan di Malaysia ini sememangnya aktif dan agresif. Saya suka caranya merenung orang. Matanya bagai mata seorang kanak-kanak cerdik yang punyai minda seperti span ~ boleh faham ilmu dengan cepat.

Well, saya suka majlis seperti itu. Kalau MPH undang lagi, saya akan pergi.
Nota: Bagi yang belum tahu, MPH kini dipunyai oleh Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, seorang usahawan Melayu yang pragmatik. Beliau tidak meMelayukan MPH, sebaliknya beliau meMalaysiakannya. Hasilnya, MPH berdiri sama tinggi dengan lain-lain kedai buku antarabangsa di Malaysia yang antaranya ialah Kinokuniya, sebuah rangkaian buku dari Jepun dan Borders, rangkaian kedai buku dari Amerika Syarikat.


CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
Foto-foto: MPH 1: Novelis Alaf 21 yang hadir; dua dari kiri, Damya Hanna, Aida Adriani, ily Suriani, Aina Emir dan Anis Ayuni MPH

CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS     CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
2 & 3: Saya memperkenalkan diri

CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
MPH 4: Bertemu dengan Ani Ahmad, wartawan Utusan Malaysia yang mengendali kolum Sastera & Budaya sisipan ‘Mega.’

CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
MPH 5: Bersama Irfan Khairi, jutawan muda

CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
MPH 6: Bersama Azizi Ali, pakar kumpul duit

CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
MPH 7: Poster berhampiran tempat majlis




HARI INI DALAM SEJARAHKU

SELASA 26 Julai 2005:
Saya tidak akan dapat lupakan tarikh ini. Hari itu, Tun Dr. Mahathir, seorang pemimpin unggul negara telah singgah ke Kumpulan Karangkraf. Pertama kali terpandangnya, saya terpaku kerana dia masih hensem. Dalam gambar fotogenik, secara live pun tampak kacak.

Dia sudah berusia 80 tahun. Namun saya lihat dia 20 tahun lebih muda! Tun Dr. Mahathir datang ke Kumpulan Karangkraf bersama isterinya Tun Dr. Siti Hasmah. Aura kehadiran mereka mem- buatkan ramai terpaku hingga ramai yang terlupa hendak bersalaman. Sedar-sedar dia sudah melangkah dari satu bahagian ke satu bahagian di dalam pejabat.

Tun Mahathir selamba dan bersahaja. Saya berpeluang berjalan beriringan dengannya buat seketika. Teringin juga hati untuk mem- perkenalkan yang saya pernah bekerja di bawahnya ketika di Biro Tatanegara, JPM pada tahun 80-an. Namun saya tidak mahu mengalih tumpuan dari agenda kedatangannya ke Kumpulan Karangkraf iaitu untuk meraikan adik-adik peminat majalah Bintang Kecil.

Bagaimana pun, saya hadiahkan beliau senaskhah DEKAT DI HATI. Dan saya juga sempat meminta tandatangan Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah di novel sulung saya itu. Saya akan simpan serta khazanahkan buku itu untuk saya dan anak cucu.
Dipaparkan beberapa keping foto buat tatapan anda sekalian…

CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
Mengiringi Tun Dr. M melawat kilang cetak. Di kanan beliau ialah sifu bisnes saya Haji Hishamuddin, Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf.

CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
Memberinya ruang untuk melangkah ke bahagian kilang cetak.

CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
Mengiringi beliau ke bahagian penjilidan

CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
Gambar kenangan. Dari kiri, Haji Fickry, Pengerusi Syarikat, Akmal Eirfan Mohd Fauzi, Pengarah Pentadbiran & Kewangan, Christine Heng, Pengurus Besar Jualan Kumpulan, Tun Dr. Mahathir dan saya.

CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
Sempat meminta autograph beliau di naskhah DEKAT DI HATI

CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS    CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS    CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS


Tandatangan Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah di novel DEKAT DI HATI. Kenal tak mana satu tandatangan Tun Mahathir?

31 July 2005: Dekat di Hati di Semahshur

Saya ke Sekolah Menengah Sains Hulu Yam, Selangor yang dikenali sebagai SEMASHUR. Sekolah tersebut adalah latar tempat novel DEKAT DI HATI. Jika anda ingat, Nur Izzati, adik Izuddin bersekolah di sini.


Saya memang berniat untuk memberi beberapa naskhah novel DDH ke sekolah berasrama ini sebagai penghargaan saya. Ia juga bertujuan agar para pelajar sekolah ini dapat berbangga kerana sekolah mereka dipilih sebagai lokasi novel melalui pembacaan mereka.


Walaupun dalam kesibukan, Encik Paizin, Pengetua SEMASHUR meluangkan sedikit masa untuk menerima kunjungan saya. Beliau jelas kelihatan terkejut pada mulanya. Namun akhirnya beliau turut bergembira dan berterima kasih di atas cenderamata yang saya sampaikan itu.


CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
Encik Paizin sedang meneliti DDH.

CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
Encik Paizin bersalaman dengan saya setelah menerima DDH



2 JULAI 2005: TEMUBUAL RANCANGAN NOVEL DAN KARYA ~ KLFM

Saya menjadi tetamu DJ Irwan di rancangan popular beliau NOVEL DAN KARYA dari jam 12.00 malam hingga 1.00 pagi. Selama sejam saya ditemubual mengenai DEKAT DI HATI. Saya juga menerima beberapa panggilan pendengar rancangan tersebut.

Saya gembira dengan temubual itu kerana ia memberi ruang kepada saya memperkenalkan DDH kepada khalayak yang lebih luas.

CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
Saya bersama DJ Irwan yang popular tu.



6-11 JULAI: FESTIVAL BUKU SABAH


Saya, Aisya Sofea, Damya Hanna dan Ramlee Awang Murshid menyertai rombongan Alaf 21 ke Festival Buku Sabah anjuran Kementerian Pelajaran. Pestabuku tersebut diadakan di Sabah Centre Point, sebuah pusat membeli-belah yang terkenal.


Itulah pengalaman saya yang pertama ke negeri di bawah bayu itu. Selain dari bertemu para pembaca novel Alaf 21 yang begitu ramai sekali di sana, saya berpeluang melihat negeri dan budaya tempatan.


Buat pengetahuan anda sekalian, saya telah memilih beberapa scene di Sabah untuk novel saya yang kedua. Saya pilih kampung air, Meruntum dan juga Kundasang di kaki gunung Kinabalu. Dah siap pun. Ada babak hangat di tempat sejuk! Nantikan… Lihatlah foto-foto kunjungan saya ke sana.


CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
Saya di antara para peserta di majlis perasmian pada 7 Julai.

CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
Ditemubual oleh wartawan Berita Harian Sabah

CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
Bergambar dengan seorang pembaca DDH; Jeniffer

CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
Mengautograf buku seorang pembaca

CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
Menjawab soalan seorang pengunjung mengenai DDH

CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
Menyertai forum ‘Penulis dan Novel.’

CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
Menjawab soalan peserta. Di sebelah kanan saya, Ramlee Awang Murshid.

CLICK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
Bertukar-tukar cenderahati novel di antara saya, Damya Hanna, Aisya Sofea dan Ramlee Awang Murshid


Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists
Allwebco Web Templates · Build your own toolbar · Site Building Articles · Audio, Fonts, Clipart
powered by a free webtools company bravenet.com